Assalamualaikum.
Seperti yang telah dijangkakan, pemilihan pucuk kepimpinan Pas pada muktamar parti itu baru-baru ini dengan jelas telah menunjukkan hilangnya pengaruh golongan ulama. Apatah lagi dengan pemilihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas, ia semakin nyata seperti yang saya maksudkan.
Saya seperti anda semua, yang mengikuti perkembangan politik semasa tanahair sangat bersetuju bahawa apa yang berlaku di dalam Pas sudah menjadikan perjuangan parti itu telah lari dari landasannya. Dan, apabila keputusan tersebut diumumkan, maka sudah tidak lagi kedengaran suara untuk menegakkan negara Islam atau melaksanakan undang-undang Islam sepertimana selalu pemimpin Pas laungkan.
Sama ada keadaan tersebut berlaku disebabkan perubahan dalam pucuk kepimpinan atau pun mungkin kerana mahu menjaga hati DAP, Pas terpaksa mengorbankan perjuangan yang dimaksudkan demi mencapai cita-cita politik mereka.
Sama seperti Pas tergamak mengubah hukum dalam sesuatu isu, maka mereka juga melafazkan fatwa bagi menghalalkan perubahan ketara di dalam Pas. Sebagai contoh, dulu Pas menuduh UMNO kafir kerana berkawan dengan bukan Islam (MCA dan MIC) tetapi apabila Pas berkawan dengan DAP (yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang hudud Pas), maka hukum yang dulunya diharamkan Pas telah bertukar menjadi halal.
Hal ini jelas berlaku di depan mata umat Islam walaupun sebahagian besar daripada umat Islam masih belum sedar mengenai propaganda dan dakyah Pas. Hari ini, orang percaya kepada Pas kerana kononnya perjuangan Islamnya. Orang melihat Pas lebih Islam dengan imej yang dibawa.
Hal itu berlaku pada pandangan saya disebabkan, umat Islam terlalu ghairah mahukan agama sehingga mereka terpedaya dengan dakyah yang disebarkan oleh Pas kononnya hanya mereka sahajalah yang memperjuangkan Islam. Demikianlah mudahnya sebahagian daripada umat Islam diperbodohkan oleh Pas.
Hari iini, sejak berkawan dengan DAP, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas. Muktamar mereka baru-baru ini telah memberikan mesej tersebut dan apa yang saya maksudkan telah pun diperkatakan oleh banyak orang. Cuma saya tersenyum sinis dengan komen Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya UMNO takut dengan pemilihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti itu.
Mat Sabu bukanlah tokoh yang hebat, dia hanya boleh memakai kupiah dan menghafaz beberapa ayat Al Quran dalam ceramahnya untuk menghentam UMNO seolah-olah ayat-ayat suci itu diturunkan hanya untuk menghentam UMNO. Rakyat tidak lupa akhlak Mat Sabu dan dengan siapa dia pernah ditangkap khalwat. Itu sejarah yang masih berlegar-legar dan tidak mungkin dilupakan rakyat.
Saya tidak terkilan apabila Nik Aziz boleh mempertahankan Mat Sabu kerana Mat Sabu adalah ayam Nik Aziz yang kita semua tahu. Namun, jika Nik Aziz boleh mempertahankan Anwar Ibrahim dalam isu video seksnya dengan perempuan Cina, jadi apalah sangat kalau mereka mahu mempertahankan Mat Sabu. Ia bukan satu hal yang susah untuk dilihat.
Saya boleh menggambarkan apakah yang bakal menimpa Pas selepas ini tetapi biarlah itu saya pendamkan kerana kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku. Saya sangat percaya bahawa rakyat tidak sebodoh yang Pas sangkakan dan kerana itu, mereka akan menyampaikan mesej tersebut kepada parti pembangkang itu pada pilihan raya umum nanti.
Saya sangat percaya akannya.

habis umno ke arah apa? pornografi? kah kah kah!
BalasPadam