Assalamualaikum.
Dalam diam, kita sudah memasuki hari ketujuh dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah, kita bersyukur dengan apa yang telah kita miliki dan lalui. Selain dengan nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita, kita harus bersyukur dengan kehidupan kita yang jauh lebih baik berbanding rakyat di beberapa negara dalam menjalani ibadah puasa.
Di Malaysia, sebagai sebuah negara Islam yang diiktiraf dunia, kerajaan dan pemimpin masyarakat yang cintakan Islam yang tulin telah mengisi Ramadan ini dengan pelbagai program yang berfaedah. Rakyat yang memerlukan diberikan bantuan, manakala banyak pihak berlumba-lumba meraikan insan yang kurang bernasib baik. Demikianlah keadaannya di negara kita, Malaysia.
Cuba kita bandingkan dengan rakyat di negara-negara lain, misalnya di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, kita jauh lebih baik. Semua ini berlaku bukan kerana semata-mata ia boleh berlaku. Dengan izin Allah, ia berlaku hasil daripada usaha gigih kerajaan dalam membina sebuah negara yang bukan sahaja maju, makmur dan membangun tetapi mempunyai rezeki yang melimpah ruah untuk kita meraihkannya.
Kita berterima kasih kepada kerajaan negara kita yang kini diterajui YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah berusaha gigih bagi membina sebuah negara yang hebat dan pada masa yang sama kebajikan rakyat terus dipertingkat. Hasil daripada usaha itu, maka lahirlah sebuah negara Malaysia seperti sekarang ini.
Bagaimanapun agak malang sedikit apabila ada juga di kalangan umat Islam yang bukan sahaja tidak tahu bersyukur, tidak mahu berterima kasih kepada kerajaan tetapi mereka ini tanpa mengira dengan bulan suci Ramadan telah terus menerus menabur fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan. Lebih menyedihkan lagi, mereka itu juga pada masa yang sama telah mengecapi faedah yang telah disediakan kerajaan.
Oleh itu, saya menyeru kepada umat Islam dan rakyat Malaysia agar tidak terjebak dengan golongan tersebut tetapi lebih matang dan menilai kejayaan Malaysia dalam pelbagai perkara. Kerajaan tidak seperti golongan tertentu yang hanya melihat mereka sahaja yang betul, orang lain salah belaka tetapi kerajaan BN yang kini sedang memerintah Malaysia telah berusaha dengan gigihnya sejak dahulu lagi bagi memastikan kejayaan Malaysia. Hasilnya, semua rakyat telah mendapat faedah daripada usaha itu.
Ini bukannya retorik tetapi ia adalah satu hakikat yang benar-benar ada di depan kita dan kita semua boleh melihatnya. Oleh itu, marilah kita menjadi rakyat yang bersyukur dan tahu berterima kasih kepada kerajaan di atas segala kejayaan yang telah kita kecapi ini.
Kepada semua, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan